1. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sijil-sijil kebakaran (Sijil Kebakaran atau Sijil keselamatan Kebakaran) untuk premis-premis yang sedia ada atau baru?
= Pihak Tuan / Puan bolehlah menghadapkan permohonan surat dan ditujukan kepada:
Yang Mulia,
Pengarah Bomba dan penyelamat,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat,
Jalan Airport Lama Berakas, BB3510,
Negara Brunei Darussalam.
2. Berapa Jarak Tempat Berkumpul 'Assembly Point' dari Bangunan?
= 50M ke 100M dari Bangunan.
3. Mengapakah Lift tidak dapat digunakan semasa berlakunya kebakaran?
= Prosedur Lif yangmana apabila terjadi kebakaran, lif tersebut akan turun ke tingkat bawah apabila Alat Penggera Kebakaran berbunyi kecuali Lif Bomba 'Firemen Lift' yangmana ianya berfungsi apabila ditekan butang 'Firemen Switch Mode' oleh Anggota Bomba sahaja untuk tujuan memadam kebakaran.
4. Dimana mendapatkan Alat Pemadam Api yang bersesuaian?
= Pihak Jabatan Bomba dan penyelamat ada melantik syarikat-syarikat yang diikhtiraf . Sila hubungi ke Pejabat Pencegah Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat di daerah masing-masing.
5. Berapa jarak LPG (Tong Gas) dari tambak dan berapa jumlah tong gas yang dibenarkan untuk diletakkan di dalam dapur?
=Jarak LPG (Tong Gas) adalah 1.5 M dan jumlah tong gas yang dibenarkan adalah sebanyak 2 tong gas sahaja.
6. Apakah Alat Pemadam Api yang sesuai disimpan didalam dapur?
= 1 x 2.0 kg jenis CO2 atau 4.5kg jenis Dry Powder dan Fire Blanket
7. Apakah keburukkan memasang jaring-jaring (grill) yang kekal dan tidak dapat dibuka menggunakan kekunci?
= Keburukan memasang jeriji (grill) yang kekal, ianya boleh menjadi perangkap maut kepada Penghuni-penghuni tersebut kerana tidak dapat melepaskan diri semasa kebakaran berlaku.